Profile

SYAZWINA
S is for Sincere
Y is for Yummy
A is for Active
Z is for Zealous
W is for Weird
I is for Impressive
N is for Nerdy
A is for Alluring
Share With Me Ur Thoughts

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Calendar

<< September 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30




Links


//
//
//
//
//



MY FAVE

Samsons - Kenangan Terindah

Farhan - Still Got The Blues



Randomness : Looking out at the World

Sunday, September 03, 2006
somethin to share

'Saya bukan mahu jadi kurang ajar'


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, padah menimpa. Justeru, ungkapan: 'I sound stupid when I speak Malay' daripada Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, mengundang kutukan masyarakat. Hanya maaf mampu dilafazkannya


"PERTAMA sekali saya ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang berasa tersinggung dengan kenyataan saya di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) semalam (13 Ogos). Saya langsung tidak berniat merosakkan kemeriahan majlis berkenaan, lebihlebih lagi malam itu adalah hari paling bersejarah dalam hidup saya.

Saya boleh bercakap bahasa Melayu, saya orang Melayu dan bangga dengan bahasa ibunda itu.

Tapi, apabila saya bertutur dalam bahasa Melayu, ia pekat dengan loghat Utara. Seperkara lagi, apabila saya bertutur dalam bahasa Melayu, saya senang menggunakan bahasa pasar, lu gua, lu gua, sekali gus tidak sesuai untuk sebuah malam anugerah berprestij seperti FFM19.

Terus-terang saya katakan, sekalipun saya orang Melayu, tapi pertuturan bahasa Melayu saya tidak begitu baik.

Saya lebih senang bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi, bukan bererti saya tak suka cakap bahasa Melayu, tak boleh cakap Melayu, sebaliknya bahasa Melayu adalah bahasa yang indah. Tak ada sebab saya membenci bahasa Melayu.

Dalam keluarga saya, kami sebenarnya selalu bercakap dalam bahasa Inggeris, justeru lebih mudah bagi saya bercakap dalam bahasa itu. Mama (ibu) dan papa (ayah) berpendidikan Inggeris, jadi kami sekeluarga selalu bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah.

Adakah bertutur dalam bahasa Inggeris, bermakna saya sudah berlagak? Bukankah Tun Dr Mahathir pernah berkata, 'knowledge is in English'. Suka atau tidak, kita kena mempelajari bahasa Inggeris. Sekarang pun pelajar digalak mempelajari bahasa Inggeris apabila subjek Sains dan Matematik sudah pun diajar menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, ramai generasi muda kita, kini boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Ketika diumumkan saya sebagai pemenangnya, saya langsung tidak sangka. Saya memang tidak membuat sebarang persediaan. Niat saya ke FFM19 untuk tepuk tangan kepada yang menang. Apabila diumumkan saja, saya naik ke pentas, tak tahu nak cakap apa.

Jadi, saya ambil keputusan bercakap dalam bahasa Inggeris saja kerana jika saya bertutur dalam bahasa Melayu, bunyinya tidak elok kerana kelemahan saya. Saya juga akan mengambil masa, tergagap-gagap menyusun kata-kata sedangkan masa untuk pemenang berucap, amatlah singkat.

Apabila saya bercakap dalam bahasa Inggeris, lancar, jimat masa. Justeru, sebaik saja saya menggenggam trofi itu, saya berasa bangga, bersyukur. Hasil kerja saya mendapat pengiktirafan daripada juri. Tapi, tak sampai beberapa minit saya merasai kegembiraan, saya dihujani dengan kontroversi bahasa, sedangkan saya langsung tidak berniat memperlekeh mahupun mempersendakan bahasa Melayu!

Niat saya bercakap dalam bahasa Inggeris hanya satu, saya berasa selesa, bukan angkuh atau nak menunjuk-nunjuk saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Saya juga tak berniat mencemar bahasa atau budaya sendiri. Lagipun malam FFM19, saya menang aktres terbaik, malam untuk saya bergembira. Kenapa saya nak naik ke pentas, mencemarkan nama sendiri? Minta orang marah atau benci saya, tidak sama sekali!

Justeru, kepada mereka yang beranggapan saya sombong apabila bercakap bahasa Inggeris sehingga sanggup mencemar bahasa Melayu, sekali lagi saya minta maaf.

Kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menganggap saya terang-terangan menghina bahasa dan budaya Melayu, sekali gus mendukacitakan perasaannya, saya mohon jutaan kemaafan. Saya langsung tidak berniat begitu Datuk Seri.

Gubra bukan cemar budaya

"If making films tarnish our culture, let's do it more often! Jika membuat filem seperti ini (Gubra) dikatakan mencemar budaya, marilah kita terus buat filem seperti ini. Sekali lagi kenyataan saya disalah tafsir.

Apabila saya cakap begitu, sebenarnya ia satu penghargaan atau penghormatan kepada Dr Rais dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 2, Remp-It dan Gubra, lulus 100 peratus, tiada potongan langsung!

Ini menandakan KeKKWa dan LPF semakin matang menjalankan tugas mereka. Kementerian Datuk Seri dan LPF kini bersikap lebih terbuka. Masyarakat kita sudah bersedia untuk menonton filem seperti itu. Pastinya karyawan filem berasa bangga. Tapi masalahnya, ada sekelompok orang yang mendakwa Gubra mencemarkan budaya Melayu.

Sedangkan KeKKWa dan LPF tidak beranggapan begitu. Kami rasa bangga Gubra lulus 100 peratus. Mereka (KeKKWa dan LPF) memberitahu masyarakat kita, Malaysia sudah bersedia menerima filem seperti itu.

Maksud saya, apabila filem seperti Gubra yang dianggap mencemar budaya oleh segelintir masyarakat diterima kerajaan, diluluskan tanpa sebarang pemotongan, kenapa tidak kita menghasilkan lagi filem seumpamanya?

Saya langsung tidak berniat menyokong filem yang mencemar budaya Melayu. Sebagai anak jati Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi, saya menjunjung budaya Melayu. Kalau segelintir masyarakat yang mendakwa filem seperti Gubra mencemar budaya, secara tidak langsung mereka sebenarnya mempersoal kelulusan yang diberikan kerajaan.

Saya hanya berkata, kalau filem (Gubra) itu bagus, walaupun sesetengah orang mendakwa ia mencemar budaya, let's do it more often! Itu maksud saya yang sebenarnya...

Jangan kaitkan ayah dan ibu

"TERUS-TERANG saya katakan, takkanlah saya ingin menghancurkan malam yang indah itu dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap saya dengan mengeluarkan kenyataan yang berniat mempersendakan bahasa dan budaya Melayu. Saya hanya terkilan apabila maksud saya disalahtafsirkan.

Saya tak berniat bersikap kurang ajar atau biadap. Kalau saya dikatakan kurang ajar, bermaksud saya kurang diajar ibu bapa, sedangkan saya mempunyai ibu bapa yang tidak pernah lupa tanggung jawap mereka. Saya terkilan kerana segelintir masyarakat menyalahkan ibu bapa saya.

Ibu bapa mendidik saya supaya menghormati orang tua dan jangan lupa mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan. Saya juga dididik supaya bersuara lantang, tapi bukan kurang ajar. Ibu bapa saya memahami isi hati saya dan kerana itu mereka tidak salah faham dengan kenyataan saya.

Kalau saya kurang ajar pada malam itu, mama saya yang akan sepak muka saya dulu, tak perlu orang lain! Saya merayu, tolonglah jangan kaitkan ibu bapa saya dalam hal ini, mereka tak bersalah. Sudah cukup didikan yang mereka berikan kepada saya pelajaran, agama dan sivik.

Saya bertanggungjawab dengan kenyataan saya. Kalau masih ada pihak tidak berpuas hati, saya sedia menemui mereka, tapi janganlah menyalahkan ibu bapa saya.

Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk Dr Rais apabila kenyataan saya menyinggung perasaan mereka, sekalipun saya tidak berniat mencemar bahasa dan bangsa sendiri. Tapi, jika masih ada pihak yang ingin mengambil tindakan ke atas saya, terpulanglah, saya sudah jelaskan segala-galanya dan minta maaf.

Kalau pasal saya Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) terkena tempias, saya mohon maaf kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan cemerlang untuk memastikan FFM19 berjalan lancar. Sekiranya PFM tetap ingin mengambil tindakan, saya redha. Terpulanglah kepada mereka untuk membuat penilaian."
    

Posted at 05:28 pm by sawina

� �

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Google Modules
Previous Entry Home Next Entry